Thursday 24 February 2011

mukjizat alquran ...

Mukjizat Al Quran.


Assalamualaikum semua kali ini kita akan menyentuh berkenaan kehebatan Al Quran. Sememangnya kita tahu dan yakin bahawa Al Quran itu adalah mukjizat atau keajaiban yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad sebagai membuktikan kenabian baginda.

Bila kita menyebut mukjizat jelaslah maknanya bahawa Al Quran itu memiliki kehebatan yang besar yang tak mampu manusia usahakan. Kita secara umumnya menyedari bahawa Al Quran menyediakan garis panduan hidup yang relevan dengan setiap zaman dan mengandungi intipati bagi setiap keilmuan dalam kehidupan manusia.

Tetapi kali ini suka saya pusatkan perbincangan kita dalam kehebatan penyusunan Al Quran dari segi seni bahasa yang orang arab sendiri tidak pernah lakukannya. Al Quran mengandungi 114 surah dan menggunakan bahasa Arab yang terdiri dari 29 huruf hijaiyah.

Untuk makluman kita sebanyak 28 surah dimulakan dengan huruf huruf yang disusun oleh Allah dengan membawa makna misteri. Contohnya: aliff Laam Miim. Tidak ada makna yang jelas bagi gabungan tiga huruf ini. Al Baqalaani menyebut dalam kitabnya I’jazul Quran bahawa Al Quran menggunakan sebahagian dari 29 huruf itu secara separuh menerangkan separuh yang lain.

Ini bermakna Cuma 14 huruf sahaja digunakan dalam permulaan yang misteri ini. Namun 14 huruf ini menceritakan sifat 15 huruf yang lain dalam setiap takrifan.

Sebenarnya orang arab membahagikan huruf hijaiyah kepada beberapa pecahan dan pembahagian:

Pembahagian menurut huruf hamas dan juga jahar.

Huruf hamas terdiri dari 10 huruf dan selebihnya jahar. huruf hamas adalah huruf yang disebutkan beserta seperti bisikan iaitu berangin. manakala jahar adalah huruf yang terang aau lantang. Huruf-huruf hamas adalah yang berikut (Haa, Ha’, kha, kaf, shin, tsa’,fa, ta, sod dan sin.) AlQuran mendatangkan susunan huruf huruf awalnya 5 dari huruf hamas dan 9 dari huruf jahar. Jadi Al Quran membahagikan kepada dua dan mendatangkan setiap dari satu bahagian separuh.

Pembahagian kedua ialah huruf syadid dan huruf tidak syadid.

Huruf syadid ini menyekat perjalanan suara dalam sebutannya. Huruf jenis ini terdiri dari 8 huruf iaitu (hamzah, khof, kaf, jim, dzho, dzal, to dan ba.) Al Quran memilih hanya 4 darinya dan 10 dari huruf yang tidak syadid. Jelas disini pembahagisan separuh dari setiap jenis itu di susun dengan penuh misteri.

Ini adalah satu penyusunan yang mustahil dilakukan oleh manusia apatah lagi sekiranya manusia itu tidak dapat membaca dan menulis. Maka setiap kita harus berpegang dan mempertahankan bahawa Al Quran itu adalah kalam Allah dan mukjizat bagi umat kita.

wallahu a'lam .. to be continue ...

18 comments:

  1. Subhanallah
    Al-Qur’an memang kitab paling sempurna…

    ReplyDelete
  2. itu lah kehebatan al-quran..tiada keraguan bahawa alquran itu adalah dari allah s.w.t.

    ReplyDelete
  3. subhanallah...begitu teratur kalam Allah...tiada sesiapa yang dapat menandingi kalam Allah..syabas kepada yang mengkaji...teruskan usaha anda dengan mengkaji ilmu Allah terutama dalam ilmu al-quran....

    ReplyDelete
  4. Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Qur'an ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain".(Q.S. 17: 88)

    ReplyDelete
  5. kalam Allah tiada tandingan..
    setiap penyusunannya ade rahsia disebaliknya..
    tahniah kepada pengkaji~~

    ReplyDelete
  6. I balieve that these alphabets has so interesting means..But we don't know,yet..Maybe we will understand at paradise(I hope)
    Thanks

    ReplyDelete
  7. subhanallah...moga kita diberi kekuatan utk terus belajar dan mengamalkan al-Quran

    ReplyDelete
  8. Terıma kasıh for the mukjızat alquran....
    Subhanallah......sangat berguna bagi saya

    ReplyDelete
  9. ternyata banyak lagi rahsia-rahsia kitab suci Al-Quran yang masih belum dapat diteroka oleh manusia.. wallahu taala a'lam...

    ReplyDelete
  10. gud2....nanti sambung ya...sy ingin terus membaca nye...terima kasih dengan perkongsian ini...

    ReplyDelete
  11. tahniah dan syabas kepada pencipta blog ini kerana telah membuka mata masyarakat tentang kepentingan mendalami ilmu alquran.. jutaan terima kasih kerana telah memberi pengetahuan ttg ilmu alquran .. dan teruskan perjuangan anda ..

    ReplyDelete
  12. sori tadi just try n error jer...and al-quran nih terlalu sedap ayat nyer jiwa yang kacau jd tenang hati terus lembut bila mendengar alunan ayat-ayat suci al-quran..

    ReplyDelete
  13. Al-Quran adalah mukjizat. Thanks for sharing the info. Amat berguna ilmu yang dapat dikongsikan ini.

    ReplyDelete
  14. subhanallah...al-quran memang tiada tandingannya...perkongsian yang menarik.harap byk lg perkongsian sebegini..

    ReplyDelete
  15. salam ukhti...syukran di atas perkongsian ini...memang byk mukjizat yang ada dalam Al-QURAN..dalam Al- Quran juga terdapat i'jaz bayani, adadi dan ta'sirie yANG Amat bgus untk kita mendalaminya..mga2 ukhti trus terokai ilmu tersebut..

    ReplyDelete
  16. perkongsian yg bagus...Al-Quran sumber rujukan tbaik...sbg panduan n pedoman hdup....moga terus dpt bkongsi info2 mnarik lg lps ni...:)

    ReplyDelete