Saturday, 26 February 2011

kisah-kisah dlm alquran

by : husna amira bt  yunus


  Al-quran merupakan ‘الهدى’ iaitu ‘petunjuk’ bagi manusia. Ajaran yang terkandung dalam al-quran melahirkan suatu kesatuan dalam membentuk pribadi manusia dari dahulu hingga sekarang. Kisah-kisah di dalamnya penuh dengan pesanan serta nasihat yang disampaikan secara terus dan juga secara terselindung. Fenomena kisah-kisah dalam al-Quran diyakini kebenarannya dan berkaitan dengan sejarah.
            Menurut As-Suyuthi, kisah dalam al-Quran sama sekali tidak dimaksudkan untuk mengingkari sejarah, lantaran sejarah di anggap salah dan membahayakan al-Quran. Kisah-kisah dalam al-Quran merupakan petikan-petikan dari sejarah sebagai pelajaran kepada umat manusia dan bagaimana mereka menarik manfaat dari peristiwa-peristiwa sejarah. Hal ini dapat dilihat bagaimana al-Quran secara jelas menyebut tentang pentingnya sejarah melalui surah Ali Imran ayat 140: “dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan diantara manusai (agara mereka mendapat pelajaran).”
            Kisah di dalam al-Quran bukanlah suatu gubahan yang hanya bernilai sastera sahaja, akan tetapi ia merupakan salah satu media untuk menzahirkan tujuan sebenarnya. Al-Quran merupakan kitab dakwah dan kitab yang meyakinkan objeknya dan kisah-kisah dalam al-Quran secara umumnya untuk kebenaran dan keagamaan.
            Antara tujuan-tujuan kisah didalam al-Quran antaranya ialah untuk menetapkan adanya wahyu dan Rasul, sebagaimana yang diterangkan dalam surah Ali Imran ayat 44: “Itulah berita yang ghaib, yang Kami wahyukan kepadamu.”. Ayat yang menerangkan bahawa agama dari Allah, bermula dari nabi Nuh sehinggalah kepada nabi Muhammad S.A.W, bahawa kaum muslimin itu merupakan satu umat dan Allah Maha Esa adalah tuhan bagi semuanya. Selain itu, banyak lagi tujuan-tujuan lain yang wujud bersama ayat-ayat yang terdapat dalam al-Quran.
            Kisah-kisah yang terdapat dalam al-Quran melibatkan tiga aspek,pertamanya kisah-kisah para Nabi dan Rasul, dan apa saja yang terjadi antara mereka dengan orang yang beriman dan kafir. Kedua, kisah-kisah sejumlah orang atau kelompok seperti kisah Maryam, Luqman, Qaarun dan seumpamanya. Ketiga, kisah-kisah yang terjadi pada zaman Nabi S.A.W misalnya, kisah perang Badar, Uhud, Ahzab, Bani quraizah, Bani Nadhir, Abu Lahab dan sebagainya.
            Al-Quran tidak menceritakan kejadian dan peristiwa-peristiwa tersebut secara berturutan, dan tidak pula memaparkan kisah-kisah itu secara panjang lebar, ia juga mengandungi berbagai kisah yang diulang di beberapa tempat tetapi dikemukan dalam bentuk yang berbeza. Disatu tempat ada bahagian yang didahulukan dan di satu tempat lain ia diakhirkan, ada yang disampaikan secara ringkas dan juga secara panjang lebar. Hal ini, menimbulkan perdebatan antara orang yang berpegang dengan al-Quran dan golongan yang menentang al-Quran, mereka seringkali mempertikaikan mengapa kisah-kisah tersebut tidak tersusun secara kronologis dan sistematik sehingga lebih difahami.
            Meskipun demikian, pengetahuan sejarah adalah kabur dan penemuan-penemuan arkeologi sangat sedikit untuk dijadikan penyelidikan menurut kacamata pengetahuan moden, misalnya mengenai raja-raja Israil yang dinyatakan dalam al-Quran. Kerana itu sejarah serta pengetahuan lainnya tidak lebih adalah untuk mempermudahkan usaha untuk memahami al-Quran.
            Kesimpulannya, kisah-kisah dalam al-Quran merupakan kisah yang diyakini kebenarannya dan ia bertujuan untuk menyelitkan kebenaran mengenai agama, kebenaran, pelajaran dan juga peringatan.

15 comments:

  1. kisah2 dalam al-quran adalah sebagai pengajaran tuk ummat islam..blh dijadikan rujukan dan diambil pengajaran dripadanya...kisah dan sejarah yang tidak blh dipertikaikan lg kebenaran nya..ia juga bukti kemukjizatan al-quran..

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar….Subhanallah…Alhamdullillah…Semoga Allah SWT selalu membimbing kita dalam memahami dan mempelajari petunjuk yang telah diberikan-NYA yaitu ALQUR’AN yg telah diwahyukan kepada Nabi dan Rasul Muhammad SAW. Semoga kita dapat mengamalkannya sebelum maut menjemput kita atau datangnya kematian dan putuslah amal kita…..Semoga kita tidak lalai dan terus mempelajari dan mempraktikkan dalam kehidupan sehari-hari sesuai dengan uswatun hasanah atau contoh yang telah dilaksanakan oleh Rasul Muhammad SAW. Amin….semoga kita selalu dalam lindungannya. Amin….Tolong berikan terus informasi yang bermanfaat bagi umat islam kini dan seliuruh umat manusia….Terimakasih.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...pelbagai maklumat dan rahsia yang diperolehi melalui kalam ALLAH ini iaitu AL-QURAN.Perkongsian ini diharapkan memberi manfaat dan penghayatan kepada semua...syukran diatas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  4. Ahsanti ya jamilah........kisah2 dalam alquran merupakan kisah benar dan dukan cerita dongeng,sesuai sepanjang masa,semoga dgn sedikit perkongsian ilmu ini meuaskan lagi pengetahuan para pembaca mengenai THE MIRACLE OF AL-QURAN

    ReplyDelete
  5. Mengapa kisah diceritakan secara berasingan? Utk membuktikan bahawa Al-Quran itu manual yg lengkap bg panduan muslim, kita buka kat surah manapun ada cerita utk dijadikan panduan. Kalau nak tahu kisah Quran secara lengkap, kenalah rajin2 me...ngaji quran..dapatlah sambungkan kisah yg disebut dlmnya.
    kalau malas nak baca kena buka mu'jam cari cerita nabi..dptlah kisah lengkap utk dijadikan panduan hidup kita.

    ReplyDelete
  6. ‎" org yg dtg kpd Allah dgn membw kebaikan, mk bgnya 10 lipat ganda drpd pahala yg tdk terhitung nilainy. dan org yg dtg kpd Allah dgn membw kbrukan, mk ia tidak akan dibalas kecuali dgn yg setimpal. mereka tdk akan dikurangi." Surah al-An'am-160. thanks 4 perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  7. Satu2nya kisah Al-quran yg diceritakan secara ditil dan dlm satu tempat je ialah kisah nabi Yusuf alaihissalam.

    ReplyDelete
  8. good...teruskan usaha anda.....

    ReplyDelete
  9. yg menjadi persoalannya..
    mengapa umat islam hari ini tidak berminat utk mengkaji ilmu di dlm Al-Quran..sedangkan Al-Quran tempat segala ilmu..
    hari ini,kita dapat lihat sendiri,org2 yahudi begitu tekun n bersungguh2 mendalami ilmu Al-Quran
    dan kebanyakkan teori2 or penemuan terbaru dtg nya drpd org2 yahudi..hasil drpd pengkajian tentang Al-Quran..~renung2kanla..~

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..1 perkongsian ilmu yg menarik..syukran ya ukhti..=)

    ReplyDelete
  11. kisah2 yg ada dlm al-quran adalh benar2 brlaku.xde mnusia bley reka..

    ReplyDelete
  12. Firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf ayat 111,yang bermaksud:
    "Sungguh, pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal.Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-dibuat, tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang2 yang beriman."

    Semoga dapat diambil iktibar bersama=)

    ReplyDelete
  13. syukran jazilan ukhti dengan perkongsian ini...sebagai umat Islam kita patut mendalami dan menghayati kisah- kisah yang terdapat dalam Al- Quran untuk di jadikan pedoman...

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete