Saturday 26 February 2011

kisah-kisah dlm alquran

by : husna amira bt  yunus


  Al-quran merupakan ‘الهدى’ iaitu ‘petunjuk’ bagi manusia. Ajaran yang terkandung dalam al-quran melahirkan suatu kesatuan dalam membentuk pribadi manusia dari dahulu hingga sekarang. Kisah-kisah di dalamnya penuh dengan pesanan serta nasihat yang disampaikan secara terus dan juga secara terselindung. Fenomena kisah-kisah dalam al-Quran diyakini kebenarannya dan berkaitan dengan sejarah.
            Menurut As-Suyuthi, kisah dalam al-Quran sama sekali tidak dimaksudkan untuk mengingkari sejarah, lantaran sejarah di anggap salah dan membahayakan al-Quran. Kisah-kisah dalam al-Quran merupakan petikan-petikan dari sejarah sebagai pelajaran kepada umat manusia dan bagaimana mereka menarik manfaat dari peristiwa-peristiwa sejarah. Hal ini dapat dilihat bagaimana al-Quran secara jelas menyebut tentang pentingnya sejarah melalui surah Ali Imran ayat 140: “dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan diantara manusai (agara mereka mendapat pelajaran).”
            Kisah di dalam al-Quran bukanlah suatu gubahan yang hanya bernilai sastera sahaja, akan tetapi ia merupakan salah satu media untuk menzahirkan tujuan sebenarnya. Al-Quran merupakan kitab dakwah dan kitab yang meyakinkan objeknya dan kisah-kisah dalam al-Quran secara umumnya untuk kebenaran dan keagamaan.
            Antara tujuan-tujuan kisah didalam al-Quran antaranya ialah untuk menetapkan adanya wahyu dan Rasul, sebagaimana yang diterangkan dalam surah Ali Imran ayat 44: “Itulah berita yang ghaib, yang Kami wahyukan kepadamu.”. Ayat yang menerangkan bahawa agama dari Allah, bermula dari nabi Nuh sehinggalah kepada nabi Muhammad S.A.W, bahawa kaum muslimin itu merupakan satu umat dan Allah Maha Esa adalah tuhan bagi semuanya. Selain itu, banyak lagi tujuan-tujuan lain yang wujud bersama ayat-ayat yang terdapat dalam al-Quran.
            Kisah-kisah yang terdapat dalam al-Quran melibatkan tiga aspek,pertamanya kisah-kisah para Nabi dan Rasul, dan apa saja yang terjadi antara mereka dengan orang yang beriman dan kafir. Kedua, kisah-kisah sejumlah orang atau kelompok seperti kisah Maryam, Luqman, Qaarun dan seumpamanya. Ketiga, kisah-kisah yang terjadi pada zaman Nabi S.A.W misalnya, kisah perang Badar, Uhud, Ahzab, Bani quraizah, Bani Nadhir, Abu Lahab dan sebagainya.
            Al-Quran tidak menceritakan kejadian dan peristiwa-peristiwa tersebut secara berturutan, dan tidak pula memaparkan kisah-kisah itu secara panjang lebar, ia juga mengandungi berbagai kisah yang diulang di beberapa tempat tetapi dikemukan dalam bentuk yang berbeza. Disatu tempat ada bahagian yang didahulukan dan di satu tempat lain ia diakhirkan, ada yang disampaikan secara ringkas dan juga secara panjang lebar. Hal ini, menimbulkan perdebatan antara orang yang berpegang dengan al-Quran dan golongan yang menentang al-Quran, mereka seringkali mempertikaikan mengapa kisah-kisah tersebut tidak tersusun secara kronologis dan sistematik sehingga lebih difahami.
            Meskipun demikian, pengetahuan sejarah adalah kabur dan penemuan-penemuan arkeologi sangat sedikit untuk dijadikan penyelidikan menurut kacamata pengetahuan moden, misalnya mengenai raja-raja Israil yang dinyatakan dalam al-Quran. Kerana itu sejarah serta pengetahuan lainnya tidak lebih adalah untuk mempermudahkan usaha untuk memahami al-Quran.
            Kesimpulannya, kisah-kisah dalam al-Quran merupakan kisah yang diyakini kebenarannya dan ia bertujuan untuk menyelitkan kebenaran mengenai agama, kebenaran, pelajaran dan juga peringatan.

Thursday 24 February 2011

tazkirah pagi jumaat

jom pakat dgr ustaz azhar idrus .. makanan rohani di hari yg penuh barakah ... (^_*)
http://www.ustream.tv/recorded/12917986

mari belajar bahasa turki ..

salam alaikom to all .. kali ni saje nk kongsikan dgn anda semua satu bnda best ,, hehe xbest mane pon .. let's know and learn  turkish language.. just click on this link ..http://www.turkishclass.com/.. get started now.. selamat mencuba .. (^_*)

mukjizat alquran ...

Mukjizat Al Quran.


Assalamualaikum semua kali ini kita akan menyentuh berkenaan kehebatan Al Quran. Sememangnya kita tahu dan yakin bahawa Al Quran itu adalah mukjizat atau keajaiban yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad sebagai membuktikan kenabian baginda.

Bila kita menyebut mukjizat jelaslah maknanya bahawa Al Quran itu memiliki kehebatan yang besar yang tak mampu manusia usahakan. Kita secara umumnya menyedari bahawa Al Quran menyediakan garis panduan hidup yang relevan dengan setiap zaman dan mengandungi intipati bagi setiap keilmuan dalam kehidupan manusia.

Tetapi kali ini suka saya pusatkan perbincangan kita dalam kehebatan penyusunan Al Quran dari segi seni bahasa yang orang arab sendiri tidak pernah lakukannya. Al Quran mengandungi 114 surah dan menggunakan bahasa Arab yang terdiri dari 29 huruf hijaiyah.

Untuk makluman kita sebanyak 28 surah dimulakan dengan huruf huruf yang disusun oleh Allah dengan membawa makna misteri. Contohnya: aliff Laam Miim. Tidak ada makna yang jelas bagi gabungan tiga huruf ini. Al Baqalaani menyebut dalam kitabnya I’jazul Quran bahawa Al Quran menggunakan sebahagian dari 29 huruf itu secara separuh menerangkan separuh yang lain.

Ini bermakna Cuma 14 huruf sahaja digunakan dalam permulaan yang misteri ini. Namun 14 huruf ini menceritakan sifat 15 huruf yang lain dalam setiap takrifan.

Sebenarnya orang arab membahagikan huruf hijaiyah kepada beberapa pecahan dan pembahagian:

Pembahagian menurut huruf hamas dan juga jahar.

Huruf hamas terdiri dari 10 huruf dan selebihnya jahar. huruf hamas adalah huruf yang disebutkan beserta seperti bisikan iaitu berangin. manakala jahar adalah huruf yang terang aau lantang. Huruf-huruf hamas adalah yang berikut (Haa, Ha’, kha, kaf, shin, tsa’,fa, ta, sod dan sin.) AlQuran mendatangkan susunan huruf huruf awalnya 5 dari huruf hamas dan 9 dari huruf jahar. Jadi Al Quran membahagikan kepada dua dan mendatangkan setiap dari satu bahagian separuh.

Pembahagian kedua ialah huruf syadid dan huruf tidak syadid.

Huruf syadid ini menyekat perjalanan suara dalam sebutannya. Huruf jenis ini terdiri dari 8 huruf iaitu (hamzah, khof, kaf, jim, dzho, dzal, to dan ba.) Al Quran memilih hanya 4 darinya dan 10 dari huruf yang tidak syadid. Jelas disini pembahagisan separuh dari setiap jenis itu di susun dengan penuh misteri.

Ini adalah satu penyusunan yang mustahil dilakukan oleh manusia apatah lagi sekiranya manusia itu tidak dapat membaca dan menulis. Maka setiap kita harus berpegang dan mempertahankan bahawa Al Quran itu adalah kalam Allah dan mukjizat bagi umat kita.

wallahu a'lam .. to be continue ...